Wednesday, July 23, 2008

Aku dan Realiti


Haaaaaa.......... Jangan terperanjat bila tengok gambar nie....... Gambar paling kiri itu adalah isteri aku..... yang telah memberikan aku cahaya mata lelaki yang bakal menjadi seorang ahli pengakap yang lebih baik dan lebih hebat dari aku.... Insyaallah....... Asalnya isteri aku ni seorang Ahli Kelana A Kuala Selangor dan kami berjumpa buat pertama kalinya semasa menghadiri perkhemahan Kursus Manikayu Peringkat II Negeri Selangor pada tahun 2003..... Cinta Pandang Pertama la katakan....... alhamdulillah........ kini aku bahagia dan berbangga dengan beliau kerana sentiasa berusaha untuk memahami jiwa aku yang amat menyayangi bidang kepengakapan ini.........




Gambar ini pula ialah permata hati aku yang bakal mewarisi ilmu kepengakapan ayahandanya..... Insyaallah....... semoga anak aku tergolong ke dalam golongan orang - orang yang tidak mensia - siakan kehidupan......

Aku dan Kenangan IV


Yeaaaa....... inilah saat dan ketika yang menjadi puncak kepuasan dalam hidup aku sebagai seorang pengakap..... dari perkhemahan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan maka kali ini aku telah menjejakkan kaki dan menambah pengalaman iaitu Jambori Dunia di Sattahip, Bangkok, Thailand. Alangkah puas rasanya apabila berada di tempat dimana semua ahli - ahli pengakap sedunia berhimpun. Pelbagai ragam dan uniform dapat aku lihat disini dan seterusnya menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup aku sebagai seorang ahli pengakap...... Aku pernah menghadiri perkhemahan orientasi peringkat sekolah.... pernah melibatkan diri dalam perkhemahan Jambori Gombak - Rawang 2000..... Jambori Negeri Selangor 1996...... Jambori Asia Pasifik, Terengganu 1998 (aku tak ingat tahun yang nie)...... dan yang terbesar Jambori Dunia 2001, Thailand.......

Aku dan Kenangan III


Menjadi Ketua Perkhemahan semasa Program Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Muda Sekolah Menengah Taman Selayang 1 pada sekitar tahun 2002. Hmmm..... akhirnya aku berbakti kepada sekolah yang pernah menganugerahkan aku Lencana Jaya dan Rambu Pengakap Muda.... Semasa umur aku 14 tahun, aku menjawat jawatan sebagai Ketua Pengakap Muda sehingga umur aku 15 tahun dan kemudian berpindah ke sekolah teknik.... Terima kasih kepada GURU aku YANG HEBAT DAN CEMERLANG iaitu EN ARULNATHAN a/l VISURASAM dan EN IBRAHIM BIN YAAKOB yang kini menjawat sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak. Aku bangga dengan kedua - dua guru aku walaupun pada masa ini, taraf kami dah sama TETAPI aku tetap menjunjung tinggi Ilmu dan Ajaran yang telah dicurahkan kepada aku..... terima kasih cikgu Arul dan cikgu Ibrahim kerana telah mengajar aku erti dan sikap seorang Pengakap di dalam diri aku........

Segala ilmu yang telah dicurahkan oleh kalian akan aku semaikan untuk adik - adik yang bakal dan pernah menimba ilmu daripada aku..... Itu janji aku dunia akhirat.......

Tuesday, July 22, 2008

Aku Dan Kenangan II


Kali ke -5 aku mengikuti aktiviti kepengakapan sepanjang 2 tahun aku menceburkan diri dalam Pengakap. Gambar ini diambil semasa lawatan sambil belajar di Bukit Cerakah (Bukit Cahaya Sri Alam). Masa ni tahun 1993 kalu tak silap aku.... Aku bertuah kerana di Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baru inilah aku telah dilantik menjadi Troop Leader dan pernah memakai Lencana Keris Emas.... terima kasih Cikgu2 semua......

Aku Dan Kenangan



Aku dilahirkan sebagai seorang yang meminati disiplin dan cabaran. Dalam disiplin, aku di asuh dengan ilmu kepengakapan dan dalam cabaran aku melalui segenap ranjau yang terbuka di hadapan aku. Pengakap..... sebuah perkataan yang mempunyai nilai yang tidak terhingga dalam hidup aku sehingga aku kini berdiri sebagai seorang manusia yang mempunyai jatidiri terhadap keluarga, bangsa, tanahair dan agama.