Tuesday, March 3, 2009

Salam Pengakap

Hmmm..... dapat emel pekeliling dari HQ yang mengatakan laman web peribadi atau kumpulan tidak akan dibenarkan menyiar lambang atau logo yang berkaitan dengan pengakap... aduss... aku terpinga pinga dan sedih dengan pekeliling ini. Aku cuba nak puaskan hati aku dengan menelefon seorang sahabat yang bekerja di HQ... memang benar apa yang terkandung dalam emel tersebut.

Apa yang membuatkan aku rasa bengang ialah mengapa dan kenapa terdapat segelintir daripada kita yang meluahkan perasaan tidak kene pada tempatnya?.... Sekarang ini dah jadi macam, "Kerana Nila Setitik, Habis Rosak Susu Sebelanga".... Habis semua laman blog kumpulan dan individu seperti aku terkena tempias dek sebab perbuatan tak bertanggungjawab mereka2 yang kurang sopan....

Ntahlah....

Hormat... Hormat Ke Hadapan Hormat!!!

Haaa......... Jangan terperanjat kalu tengok ELANG LEBUHRAYA POLIS nie memecut dan memotong kenderaan anda.... Hebat siot kereta nie... Nama kereta nie ialah Mitsubishi Evolution 10.... generasi ke 10 yang bakal menggegarkan highway kat negara kita nie.... tengok gambar kat bawah nie....



Perghhhhhhh....... Macam tak percaya je polis kita pakai kete nie.... 25 buah lak tue keseluruhan... alamat berterabur la skru - skru kereta penjenayah bila kene kejar ngan kete nie.... To mat rempit, sorry la, kereta nie main highway je... kalau dalam bandar, korang la yang menang.... hehehehehehe.....



Baru la kene polis pakai kete camnie... Kastam pakai BMW 3 series, Imigresen pun sama, Bomba dah upgrade, Jbtn Kesihatan pun dah upgrade ambulansnya, JPJ pakai Toyota, Kementerian2 lain pun dah banyak pakai Toyota.... tapi kereta Malaysia??.... emmm.... tepuk dada, tanyalah selera......
PASUKAN RED GIANTS



SELAMAT ULANG TAHUN KE 72 PASUKAN RED GIANTS... Harapan aku agar semangat juang dan persembahan lebih kualiti dapat dipertontonkan supaya dapat menarik kembali penyokong - penyokong ke stadium shah alam... Insyaallah. Aku pun dah lama tak gi stadium shah alam sejak Selangor "menghabiskan duit" membeli si Tony Cottee yang budus tue...

Merah Kuning Lambang Kebanggaan
Selangor Merancang Kejayaan

Gemuru
h Sorakan Menggegarkan
Cabaran Disambut Dengan Kesungguhan

Kecemerlangan

Kecemerlangan

Kecemerlangan Jadi Kenyataan


Merah Kuning Keberanian
Merempuh Segala Halangan
Sekali Melangkah Buktikan Kemampuan

Merah Kuning Keberanian Merempuh Segala Halangan
Sekali Melangkah Buktikan Kemampuan

Selangor Darul Ehsan

Selangor Darul Ehsan......


Perghhhh..... Berdiri bulu roma aku bila nyanyi lagu nie sambil kibar bendera Selangor.... Tapi itu suatu masa dahulu... skang nie, ntahlah.... aku harap sangat pasukan Red Giants nie buktikan dulu betapa kualitinya pasukan ini dipersada tanahair dan Asean terlebih dahulu.... Aku akan tetap sokong pasukan ini walaupun dari jauh....


PASUKAN RED DEVILS

Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
And The Red's Go Marching On On On


Satu lagi pasukan kegemaran aku iaitu Red Devil aka Manchester United. Dari zaman Eric Cantona, Dwight Yorke, Andy Cole, Teddy Sheringham sehingga sekarang aku tak pernah putus menyokong pasukan ini. Yang paling membuatkan aku terpikat ialah kualiti permainan yang dipersembahkan setiapkali beraksi di atas padang. Tabik spring sama Sir Alex Ferguson!!!



KETUK CHELSEA NGAN ARSENAL..... SIB BAIK LIVERPOOL TAK KENE KETUK..... HEHEHEHEHEHE