Saturday, May 16, 2009

Akukah Yang Kejam

Setelah sekian lama menghamba
Setelah sekian lama menjadi abdi
Aku terus difitnah dan terus terusan
Apakah besar dosaku di sisi mereka yang nasibnya lebih baik dari aku
Layakkah aku dihina sedemikian rupa
Lupakah mereka apa yang aku makan
Lupakah mereka dimana aku tidur
Lupakah mereka dimana aku bila dalam kesusahan
Pekakkah telinga mereka apabila aku menyuarakan kebenaran
Butakah hati mereka melihatku dalam kesusahan

Semoga ALLAH membalas perbuatan mereka...
Yang bertopengkan kasih dan sayang
Tetapi lupa erti kemanusiaan.....

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.....

Friday, May 15, 2009

Arghhh.... Kehidupan Yang Baru.... Bermula Cabaran

Assalamualaikum...

Kini, barulah aku merasakan betapa kecilnya diri aku dalam dunia fana ini. Aku akan menjalankan perniagaan aku sepenuhnya dengan diri sendiri tanpa bantuan sesiapa. Setelah arwah bos aku meninggalkan aku, maka dengan ini aku terpaksa berdiri dengan kaki sendiri untuk menerjah dunia perniagaan. Dalam erti kata lain, tak cari kerja maka tak makan la anak bini aku.... huhu

Alhamdulillah, aku akan bergantung harap kepada 2 kontrak DBKL yang masih mempunyai baki siling buat aku meneruskan kehidupan... Tapi, aku mesti mencari dan terus mencari seberapa banyak projek demi untuk memajukan perniagaan aku... Pertolongan rakan - rakan yang mengenali diri aku amat aku perlukan... Konsep aku, ada projek dari rakan2 maka ada percent untuk rakan tersebut...

Ya Allah, betapa kecilnya aku rasakan apabila aku melata seorang diri demi mencari rezeki di bumi Mu Ya Allah... Aku berserah kepadaMu... Rezekikanlah aku dengan rezeki yang halal dan jauhilah aku dengan pelbagai kesesatan... Aku memohon zatMu Ya Allah, rahmatilah perniagaanku, tetapkanlah keimananku, berkatilah usahaku dan limpahilah rezeki terhadapku dan keluarga.... Amin....

Al Fatihah sekali lagi untuk Arwah Mazlan Bin Zainal Abidin... Jasa dan pengorbanan beliau terhadap aku tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayat... Insyaallah