Saturday, July 10, 2010

Hutang vs Munafik

Satu lagi hari yang begitu menyakitkan telah aku lalui sekeluarga... kelegaan yang aku jangkakan telah bertukar menjadi penyiksaan yang teramat sangat... ini semua disebabkan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam tapi tak mengaku yang dirinya munafik...

En Mohd Adlin Bin Bakar, Pengurus Berrybunchbox... dah mati esok, jangan nak mengada - ngada cari aku untuk minta maaf... takkan aku halalkan dunia akhirat apa yang dah kamu buat pada aku...

p/s : hutang pandai bikin, bayar liat nak mampus... siap menipu dan off handphone... Ya Allah...

Wednesday, July 7, 2010

Jauh

Assalamualaikum...

Dah lama tak hapdet blog aku ni... huhuhuhu... Alhamdulillah, di samping rezeki yang melimpah ruah dikurniakan ALLAH terhadap perniagaanku, namun ranjaunya sama banyak dengan pendapatan yang aku nikmati. Aduhai... yang paling aku kesalkan pulak... makin banyak aku generate income, makin JAUH la aku dengan pencipta Yang Maha Agung. Bila bersendiri, barulah aku tersedar bahawa aku hanya bersyukur di bibir tetapi tidak sepenuh hati mentaati segala perintahNYA... aku lalai, aku cuai, aku alpa dengan nikmat dunia... sebab itulah ALLAH terbitkan ranjau untuk aku tempuhi.

Sekadar berkongsi pengalaman aku berpuasa di bulan masyarakat Malaysia tak berpuasa... hehehe... aku rasakan betapa kerdilnya aku apabila memasuki perut Kuala Lumpur. Kadang2 aku letakkan diri aku sama seperti orang2 susah dan gelandangan yang melata di bumi KL ni. Ya Allah, betapa susahnya hidup mereka sehari - hari. Melihat lautan manusia contonya dalam kereta sambil makan, dok kat traffic light sambil minum air botol, yang melepak kat kaki lima atau kedai mamak sambil hisap rokok dan perkara2 yang biasanya aku lakukan di hari biasa. Barulah aku sedar erti dan nikmat berpuasa. Sekurang - kurangnya aku berjaya mengawal nafsu aku daripada membazir dan melakukan perkara - perkara yang tidak berfaedah. Aku sedar betapa berharganya duit untuk dibelanjakan ke jalan yang betul. Huh!!

p/s : moga2 tidak terputus tali keimanan aku dari ALLAH swt... Insyaallah...