Friday, February 11, 2011

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim

Hmmm... dah masuk 2011 dah pun... tahun ketiga aku melata mencari rezeki sesuap nasi dengan kudrat dan pemikiran aku sendiri... Alhamdulillah, walaupun tidak serancak dan sebesar mana rezeki yang aku dapat, namun aku tetap bersyukur kerana dapat memberi kebahagiaan kepada isteri dan anak - anak aku atas hasil usaha sendiri.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat bos pengakap negeri selangor iaitu Tuan Haji Ishak Bin Junid kerana sudi menyokong permohonan aku mendapatkan pinjaman TEKUN NASIONAL... aku ingin mengorak langkah ke depan dan lebih jauh lagi... cukuplah dua tiga tahun pengalaman ni aku belajar pelbagai perkara... yang paling utama yang perlu aku sentiasa ingat ialah Jangan Sesekali Percaya Kepada Kawan Dalam Perniagaan Hatta Rakan Karib Sekalipun... tak semua manusia yang aku kenal mempunyai hati budi luhur seperti yang ada dalam diri aku... nampak duit... habis segala galanya...

Alhamdulillah sekali lagi aku panjatkan syukur ke hadrat ALLAH melalui pintu rezeki yang dibuka olehNYA untuk aku melata mencari rezeki untuk tahun 2011. Lorongan rezeki melalui Dato' Mirazy Catering yang sudi membantu aku menyiapkan pakej perkahwinan untuk masyarakat sekitar dengan harga dan pakej yang begitu menarik... pendek kata, bakal pengantin tak perlu pening kepala nak pergi sana sini... semuanya dengan satu klik sahaja... oleh itu sudi - sudilah melawat ke blog site yang tertera di bawah...

1. www.kompleksrisiantan.blogspot.com
- bagi majlis persandingan di Daerah Gombak, Selayang, Rawang dan yang sewaktu dengannya

2. www.kanopikateringsiaraya.blogspot.com
- bagi majlis persandingan di Dewan Risda, Ampang
- bagi majlis persandingan di Golden Chersonese Hall, Maju Junction
- bagi majlis persandingan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

sudi - sudilah berkunjung dan jangan lupa untuk beri komen ye... semoga kita sama - sama mendapat manfaat daripada ALLAH swt...

1 comment:

zaini zaa said...

assalam tuan. tahniah sepanjang komitmen kembori gombak 2012 terus diingati dan berja dalam bisnes khemah, siaraya dan peralatan. kalau ada permintaan dari oprang ramai, saya akan perpanjangkan no hp tuan kepada mereka...-zaini zaa, warta perdana 03-61880778