Friday, February 11, 2011

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim

Hmmm... dah masuk 2011 dah pun... tahun ketiga aku melata mencari rezeki sesuap nasi dengan kudrat dan pemikiran aku sendiri... Alhamdulillah, walaupun tidak serancak dan sebesar mana rezeki yang aku dapat, namun aku tetap bersyukur kerana dapat memberi kebahagiaan kepada isteri dan anak - anak aku atas hasil usaha sendiri.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat bos pengakap negeri selangor iaitu Tuan Haji Ishak Bin Junid kerana sudi menyokong permohonan aku mendapatkan pinjaman TEKUN NASIONAL... aku ingin mengorak langkah ke depan dan lebih jauh lagi... cukuplah dua tiga tahun pengalaman ni aku belajar pelbagai perkara... yang paling utama yang perlu aku sentiasa ingat ialah Jangan Sesekali Percaya Kepada Kawan Dalam Perniagaan Hatta Rakan Karib Sekalipun... tak semua manusia yang aku kenal mempunyai hati budi luhur seperti yang ada dalam diri aku... nampak duit... habis segala galanya...

Alhamdulillah sekali lagi aku panjatkan syukur ke hadrat ALLAH melalui pintu rezeki yang dibuka olehNYA untuk aku melata mencari rezeki untuk tahun 2011. Lorongan rezeki melalui Dato' Mirazy Catering yang sudi membantu aku menyiapkan pakej perkahwinan untuk masyarakat sekitar dengan harga dan pakej yang begitu menarik... pendek kata, bakal pengantin tak perlu pening kepala nak pergi sana sini... semuanya dengan satu klik sahaja... oleh itu sudi - sudilah melawat ke blog site yang tertera di bawah...

1. www.kompleksrisiantan.blogspot.com
- bagi majlis persandingan di Daerah Gombak, Selayang, Rawang dan yang sewaktu dengannya

2. www.kanopikateringsiaraya.blogspot.com
- bagi majlis persandingan di Dewan Risda, Ampang
- bagi majlis persandingan di Golden Chersonese Hall, Maju Junction
- bagi majlis persandingan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

sudi - sudilah berkunjung dan jangan lupa untuk beri komen ye... semoga kita sama - sama mendapat manfaat daripada ALLAH swt...

Saturday, July 10, 2010

Hutang vs Munafik

Satu lagi hari yang begitu menyakitkan telah aku lalui sekeluarga... kelegaan yang aku jangkakan telah bertukar menjadi penyiksaan yang teramat sangat... ini semua disebabkan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam tapi tak mengaku yang dirinya munafik...

En Mohd Adlin Bin Bakar, Pengurus Berrybunchbox... dah mati esok, jangan nak mengada - ngada cari aku untuk minta maaf... takkan aku halalkan dunia akhirat apa yang dah kamu buat pada aku...

p/s : hutang pandai bikin, bayar liat nak mampus... siap menipu dan off handphone... Ya Allah...

Wednesday, July 7, 2010

Jauh

Assalamualaikum...

Dah lama tak hapdet blog aku ni... huhuhuhu... Alhamdulillah, di samping rezeki yang melimpah ruah dikurniakan ALLAH terhadap perniagaanku, namun ranjaunya sama banyak dengan pendapatan yang aku nikmati. Aduhai... yang paling aku kesalkan pulak... makin banyak aku generate income, makin JAUH la aku dengan pencipta Yang Maha Agung. Bila bersendiri, barulah aku tersedar bahawa aku hanya bersyukur di bibir tetapi tidak sepenuh hati mentaati segala perintahNYA... aku lalai, aku cuai, aku alpa dengan nikmat dunia... sebab itulah ALLAH terbitkan ranjau untuk aku tempuhi.

Sekadar berkongsi pengalaman aku berpuasa di bulan masyarakat Malaysia tak berpuasa... hehehe... aku rasakan betapa kerdilnya aku apabila memasuki perut Kuala Lumpur. Kadang2 aku letakkan diri aku sama seperti orang2 susah dan gelandangan yang melata di bumi KL ni. Ya Allah, betapa susahnya hidup mereka sehari - hari. Melihat lautan manusia contonya dalam kereta sambil makan, dok kat traffic light sambil minum air botol, yang melepak kat kaki lima atau kedai mamak sambil hisap rokok dan perkara2 yang biasanya aku lakukan di hari biasa. Barulah aku sedar erti dan nikmat berpuasa. Sekurang - kurangnya aku berjaya mengawal nafsu aku daripada membazir dan melakukan perkara - perkara yang tidak berfaedah. Aku sedar betapa berharganya duit untuk dibelanjakan ke jalan yang betul. Huh!!

p/s : moga2 tidak terputus tali keimanan aku dari ALLAH swt... Insyaallah...

Monday, July 13, 2009

Sudah Sudah Lah

Salam Pengakap...

Ahhhh......... alangkah bahagia dan gembiranya hati aku bila menjejakkan kaki buat kesekian kalinya di Kem Temasya Rimba Templer. Sebuah kem Pengakap yang suatu masa dahulu diteroka oleh ahli - ahlinya dari daerah Gombak. Aku tak berapa ingat kisahnya tapi namanya tak salah aku En Ghazali... antara orang yang meneroka kem tersebut.

Sudah sudahlah wahai pihak yang berkenaan... kembalikan semula KEMEGAHAN pengakap Malaysia amnya dan KEUTUHAN pengakap Gombak amnya. Carilah tempat yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak latihan Khidmat Negara. Negara kita nie banyak hutan - hutan yang belum diteroka untuk dijadikan pusat latihan. Janganlah selepas ini kem Pengakap yang sekangkang kera diambil dan Pengakap dijadikan pertubuhan "second class".

Perlu diingat, Persekutuan Pengakap Malaysia adalah unit beruniform yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Tiada KRS, tiada Kadet Polis, tiada Pandu Puteri dan tiada unit - unit lain yang boleh mencabar kewibawaan ilmu - ilmu yang ada dalam pergerakan Pengakap. Seperkara lagi, Persekutuan Pengakap Malaysia termaktub dalam Akta Parlimen... lihat, betapa gahnya pergerakan Pengakap TETAPI... mengapa sering dilihat seperti dianak tirikan?

Kutip sampah..... PENGAKAP..... jaga parking...... PENGAKAP..... aduhaiiii..... yang buruk semua tunding ke Pengakap.... yang baik semua bagi kat unit - unit lain....

Pikir - pikirkanlah.....

Saturday, May 16, 2009

Akukah Yang Kejam

Setelah sekian lama menghamba
Setelah sekian lama menjadi abdi
Aku terus difitnah dan terus terusan
Apakah besar dosaku di sisi mereka yang nasibnya lebih baik dari aku
Layakkah aku dihina sedemikian rupa
Lupakah mereka apa yang aku makan
Lupakah mereka dimana aku tidur
Lupakah mereka dimana aku bila dalam kesusahan
Pekakkah telinga mereka apabila aku menyuarakan kebenaran
Butakah hati mereka melihatku dalam kesusahan

Semoga ALLAH membalas perbuatan mereka...
Yang bertopengkan kasih dan sayang
Tetapi lupa erti kemanusiaan.....

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.....

Friday, May 15, 2009

Arghhh.... Kehidupan Yang Baru.... Bermula Cabaran

Assalamualaikum...

Kini, barulah aku merasakan betapa kecilnya diri aku dalam dunia fana ini. Aku akan menjalankan perniagaan aku sepenuhnya dengan diri sendiri tanpa bantuan sesiapa. Setelah arwah bos aku meninggalkan aku, maka dengan ini aku terpaksa berdiri dengan kaki sendiri untuk menerjah dunia perniagaan. Dalam erti kata lain, tak cari kerja maka tak makan la anak bini aku.... huhu

Alhamdulillah, aku akan bergantung harap kepada 2 kontrak DBKL yang masih mempunyai baki siling buat aku meneruskan kehidupan... Tapi, aku mesti mencari dan terus mencari seberapa banyak projek demi untuk memajukan perniagaan aku... Pertolongan rakan - rakan yang mengenali diri aku amat aku perlukan... Konsep aku, ada projek dari rakan2 maka ada percent untuk rakan tersebut...

Ya Allah, betapa kecilnya aku rasakan apabila aku melata seorang diri demi mencari rezeki di bumi Mu Ya Allah... Aku berserah kepadaMu... Rezekikanlah aku dengan rezeki yang halal dan jauhilah aku dengan pelbagai kesesatan... Aku memohon zatMu Ya Allah, rahmatilah perniagaanku, tetapkanlah keimananku, berkatilah usahaku dan limpahilah rezeki terhadapku dan keluarga.... Amin....

Al Fatihah sekali lagi untuk Arwah Mazlan Bin Zainal Abidin... Jasa dan pengorbanan beliau terhadap aku tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayat... Insyaallah

Thursday, April 9, 2009

Al - Fatihah Buat Insan Yang Dikasihi


Ya Allah, semoga KAU tempatkanlah 'saudaraku', Mazlan Bin Zainal Abidin di kalangan orang - orang yang KAU redhai dan kasihi.... Jadikanlah tempat pembaringannya sesegar taman - taman Firdausi yang telah KAU janjikan..... AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Mazlan Bin Zainal Abidin... arghhhhhhh.... aku tak dapat menulis skang nie..... hanya gambar sahaja yang mampu aku masukkan.... Nantilah, di lain masa akan aku terangkan mengapa aku terlalu merasakan kehilangan beliau dan kenapa aku menganggap beliau seperti saudaraku sendiri.....

Tuesday, March 3, 2009

Salam Pengakap

Hmmm..... dapat emel pekeliling dari HQ yang mengatakan laman web peribadi atau kumpulan tidak akan dibenarkan menyiar lambang atau logo yang berkaitan dengan pengakap... aduss... aku terpinga pinga dan sedih dengan pekeliling ini. Aku cuba nak puaskan hati aku dengan menelefon seorang sahabat yang bekerja di HQ... memang benar apa yang terkandung dalam emel tersebut.

Apa yang membuatkan aku rasa bengang ialah mengapa dan kenapa terdapat segelintir daripada kita yang meluahkan perasaan tidak kene pada tempatnya?.... Sekarang ini dah jadi macam, "Kerana Nila Setitik, Habis Rosak Susu Sebelanga".... Habis semua laman blog kumpulan dan individu seperti aku terkena tempias dek sebab perbuatan tak bertanggungjawab mereka2 yang kurang sopan....

Ntahlah....

Hormat... Hormat Ke Hadapan Hormat!!!

Haaa......... Jangan terperanjat kalu tengok ELANG LEBUHRAYA POLIS nie memecut dan memotong kenderaan anda.... Hebat siot kereta nie... Nama kereta nie ialah Mitsubishi Evolution 10.... generasi ke 10 yang bakal menggegarkan highway kat negara kita nie.... tengok gambar kat bawah nie....



Perghhhhhhh....... Macam tak percaya je polis kita pakai kete nie.... 25 buah lak tue keseluruhan... alamat berterabur la skru - skru kereta penjenayah bila kene kejar ngan kete nie.... To mat rempit, sorry la, kereta nie main highway je... kalau dalam bandar, korang la yang menang.... hehehehehehe.....



Baru la kene polis pakai kete camnie... Kastam pakai BMW 3 series, Imigresen pun sama, Bomba dah upgrade, Jbtn Kesihatan pun dah upgrade ambulansnya, JPJ pakai Toyota, Kementerian2 lain pun dah banyak pakai Toyota.... tapi kereta Malaysia??.... emmm.... tepuk dada, tanyalah selera......
PASUKAN RED GIANTS



SELAMAT ULANG TAHUN KE 72 PASUKAN RED GIANTS... Harapan aku agar semangat juang dan persembahan lebih kualiti dapat dipertontonkan supaya dapat menarik kembali penyokong - penyokong ke stadium shah alam... Insyaallah. Aku pun dah lama tak gi stadium shah alam sejak Selangor "menghabiskan duit" membeli si Tony Cottee yang budus tue...

Merah Kuning Lambang Kebanggaan
Selangor Merancang Kejayaan

Gemuru
h Sorakan Menggegarkan
Cabaran Disambut Dengan Kesungguhan

Kecemerlangan

Kecemerlangan

Kecemerlangan Jadi Kenyataan


Merah Kuning Keberanian
Merempuh Segala Halangan
Sekali Melangkah Buktikan Kemampuan

Merah Kuning Keberanian Merempuh Segala Halangan
Sekali Melangkah Buktikan Kemampuan

Selangor Darul Ehsan

Selangor Darul Ehsan......


Perghhhh..... Berdiri bulu roma aku bila nyanyi lagu nie sambil kibar bendera Selangor.... Tapi itu suatu masa dahulu... skang nie, ntahlah.... aku harap sangat pasukan Red Giants nie buktikan dulu betapa kualitinya pasukan ini dipersada tanahair dan Asean terlebih dahulu.... Aku akan tetap sokong pasukan ini walaupun dari jauh....


PASUKAN RED DEVILS

Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
And The Red's Go Marching On On On


Satu lagi pasukan kegemaran aku iaitu Red Devil aka Manchester United. Dari zaman Eric Cantona, Dwight Yorke, Andy Cole, Teddy Sheringham sehingga sekarang aku tak pernah putus menyokong pasukan ini. Yang paling membuatkan aku terpikat ialah kualiti permainan yang dipersembahkan setiapkali beraksi di atas padang. Tabik spring sama Sir Alex Ferguson!!!



KETUK CHELSEA NGAN ARSENAL..... SIB BAIK LIVERPOOL TAK KENE KETUK..... HEHEHEHEHEHE

Friday, February 27, 2009

Bisnes Aku... Rezeki Aku... Hidup Aku...



Nie la salah satu perniagaan yang aku jalankan selama nie. Alhamdulillah, setakat nie aku dah ada kanopi, kerusi, meja mist cooling fan, PA Sistem sendiri. Lepas la nak cover 2 majlis perkahwinan kan dan juga menjadikan "side income" terpenting dalam hidup aku... Kepada kengkawan, kalau ada majlis nak buat, call je aku... insyaallah, kalau aku ada kelapangan... aku buat le dengan special price.... hehehehe... Tapi aku tanak berjanji la kan... sebab aku terikat kontrak ngan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sampai tahun 2010. So, permintaan daripada pihak DBKL wajib aku dahulukan sebab dah jadi mandatori dah nie....
Kehidupan aku lak, hari sabtu dan ahad merupakan hari tersibuk dalam hidup aku. Orang lain bercuti dan aku lak sibuk mencari rezeki. Sebab hari - hari tersebutlah yang orang buat majlis. Kalau hari keje, kucing je la datang makan... hehehehehe....



Oh ye.... Aku bekerja dengan company Sound Dimension dan skang nie aku jaga anak syarikatnya iaitu Nusantara Music. Dah hampir 10 tahun dah aku bekerja dengan syarikat nie dan pada tahun 2006 (30 Jun), aku bukak syarikat sendiri hasil perkongsian dengan ayahanda aku iaitu Nira Ventures Sdn Bhd. Syarikat aku menawarkan perkhidmatan seperti berikut :

1. PA Sistem
2. Lampu Pentas
3. Pentas
4. Banner, Backdrop Printing dan Bunting (partnership)
5. Katering (partnership)
6. Kanopi, Kerusi, Meja, Scallop dan lain - lain
7. Mist Cooling Fan
8. Tempahan Baju, Cetakan dan lain - lain (partnership)

Ketemu lagi di lain masa.....

Wednesday, July 23, 2008

Aku dan Realiti


Haaaaaa.......... Jangan terperanjat bila tengok gambar nie....... Gambar paling kiri itu adalah isteri aku..... yang telah memberikan aku cahaya mata lelaki yang bakal menjadi seorang ahli pengakap yang lebih baik dan lebih hebat dari aku.... Insyaallah....... Asalnya isteri aku ni seorang Ahli Kelana A Kuala Selangor dan kami berjumpa buat pertama kalinya semasa menghadiri perkhemahan Kursus Manikayu Peringkat II Negeri Selangor pada tahun 2003..... Cinta Pandang Pertama la katakan....... alhamdulillah........ kini aku bahagia dan berbangga dengan beliau kerana sentiasa berusaha untuk memahami jiwa aku yang amat menyayangi bidang kepengakapan ini.........




Gambar ini pula ialah permata hati aku yang bakal mewarisi ilmu kepengakapan ayahandanya..... Insyaallah....... semoga anak aku tergolong ke dalam golongan orang - orang yang tidak mensia - siakan kehidupan......

Aku dan Kenangan IV


Yeaaaa....... inilah saat dan ketika yang menjadi puncak kepuasan dalam hidup aku sebagai seorang pengakap..... dari perkhemahan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan maka kali ini aku telah menjejakkan kaki dan menambah pengalaman iaitu Jambori Dunia di Sattahip, Bangkok, Thailand. Alangkah puas rasanya apabila berada di tempat dimana semua ahli - ahli pengakap sedunia berhimpun. Pelbagai ragam dan uniform dapat aku lihat disini dan seterusnya menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup aku sebagai seorang ahli pengakap...... Aku pernah menghadiri perkhemahan orientasi peringkat sekolah.... pernah melibatkan diri dalam perkhemahan Jambori Gombak - Rawang 2000..... Jambori Negeri Selangor 1996...... Jambori Asia Pasifik, Terengganu 1998 (aku tak ingat tahun yang nie)...... dan yang terbesar Jambori Dunia 2001, Thailand.......

Aku dan Kenangan III


Menjadi Ketua Perkhemahan semasa Program Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Muda Sekolah Menengah Taman Selayang 1 pada sekitar tahun 2002. Hmmm..... akhirnya aku berbakti kepada sekolah yang pernah menganugerahkan aku Lencana Jaya dan Rambu Pengakap Muda.... Semasa umur aku 14 tahun, aku menjawat jawatan sebagai Ketua Pengakap Muda sehingga umur aku 15 tahun dan kemudian berpindah ke sekolah teknik.... Terima kasih kepada GURU aku YANG HEBAT DAN CEMERLANG iaitu EN ARULNATHAN a/l VISURASAM dan EN IBRAHIM BIN YAAKOB yang kini menjawat sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak. Aku bangga dengan kedua - dua guru aku walaupun pada masa ini, taraf kami dah sama TETAPI aku tetap menjunjung tinggi Ilmu dan Ajaran yang telah dicurahkan kepada aku..... terima kasih cikgu Arul dan cikgu Ibrahim kerana telah mengajar aku erti dan sikap seorang Pengakap di dalam diri aku........

Segala ilmu yang telah dicurahkan oleh kalian akan aku semaikan untuk adik - adik yang bakal dan pernah menimba ilmu daripada aku..... Itu janji aku dunia akhirat.......

Tuesday, July 22, 2008

Aku Dan Kenangan II


Kali ke -5 aku mengikuti aktiviti kepengakapan sepanjang 2 tahun aku menceburkan diri dalam Pengakap. Gambar ini diambil semasa lawatan sambil belajar di Bukit Cerakah (Bukit Cahaya Sri Alam). Masa ni tahun 1993 kalu tak silap aku.... Aku bertuah kerana di Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baru inilah aku telah dilantik menjadi Troop Leader dan pernah memakai Lencana Keris Emas.... terima kasih Cikgu2 semua......

Aku Dan Kenangan



Aku dilahirkan sebagai seorang yang meminati disiplin dan cabaran. Dalam disiplin, aku di asuh dengan ilmu kepengakapan dan dalam cabaran aku melalui segenap ranjau yang terbuka di hadapan aku. Pengakap..... sebuah perkataan yang mempunyai nilai yang tidak terhingga dalam hidup aku sehingga aku kini berdiri sebagai seorang manusia yang mempunyai jatidiri terhadap keluarga, bangsa, tanahair dan agama.