Monday, July 13, 2009

Sudah Sudah Lah

Salam Pengakap...

Ahhhh......... alangkah bahagia dan gembiranya hati aku bila menjejakkan kaki buat kesekian kalinya di Kem Temasya Rimba Templer. Sebuah kem Pengakap yang suatu masa dahulu diteroka oleh ahli - ahlinya dari daerah Gombak. Aku tak berapa ingat kisahnya tapi namanya tak salah aku En Ghazali... antara orang yang meneroka kem tersebut.

Sudah sudahlah wahai pihak yang berkenaan... kembalikan semula KEMEGAHAN pengakap Malaysia amnya dan KEUTUHAN pengakap Gombak amnya. Carilah tempat yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak latihan Khidmat Negara. Negara kita nie banyak hutan - hutan yang belum diteroka untuk dijadikan pusat latihan. Janganlah selepas ini kem Pengakap yang sekangkang kera diambil dan Pengakap dijadikan pertubuhan "second class".

Perlu diingat, Persekutuan Pengakap Malaysia adalah unit beruniform yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Tiada KRS, tiada Kadet Polis, tiada Pandu Puteri dan tiada unit - unit lain yang boleh mencabar kewibawaan ilmu - ilmu yang ada dalam pergerakan Pengakap. Seperkara lagi, Persekutuan Pengakap Malaysia termaktub dalam Akta Parlimen... lihat, betapa gahnya pergerakan Pengakap TETAPI... mengapa sering dilihat seperti dianak tirikan?

Kutip sampah..... PENGAKAP..... jaga parking...... PENGAKAP..... aduhaiiii..... yang buruk semua tunding ke Pengakap.... yang baik semua bagi kat unit - unit lain....

Pikir - pikirkanlah.....

1 comment:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....