Wednesday, July 23, 2008

Aku dan Kenangan III


Menjadi Ketua Perkhemahan semasa Program Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Muda Sekolah Menengah Taman Selayang 1 pada sekitar tahun 2002. Hmmm..... akhirnya aku berbakti kepada sekolah yang pernah menganugerahkan aku Lencana Jaya dan Rambu Pengakap Muda.... Semasa umur aku 14 tahun, aku menjawat jawatan sebagai Ketua Pengakap Muda sehingga umur aku 15 tahun dan kemudian berpindah ke sekolah teknik.... Terima kasih kepada GURU aku YANG HEBAT DAN CEMERLANG iaitu EN ARULNATHAN a/l VISURASAM dan EN IBRAHIM BIN YAAKOB yang kini menjawat sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak. Aku bangga dengan kedua - dua guru aku walaupun pada masa ini, taraf kami dah sama TETAPI aku tetap menjunjung tinggi Ilmu dan Ajaran yang telah dicurahkan kepada aku..... terima kasih cikgu Arul dan cikgu Ibrahim kerana telah mengajar aku erti dan sikap seorang Pengakap di dalam diri aku........

Segala ilmu yang telah dicurahkan oleh kalian akan aku semaikan untuk adik - adik yang bakal dan pernah menimba ilmu daripada aku..... Itu janji aku dunia akhirat.......

No comments: